Tempat :Waddan
Perang Waddan adalah perang pertama yang dilakukan oleh
Rasulullah. Menurut Ibnu Ishaq, Rasulullah keluar dari Madinah hingga tiba di
Waddan. Perang Waddan adalah Perang Al-Abwa’. Rasululllah berniat menyerang
orang Quraisy dan Bani Dhamrah. Namun, baginda berdamai dengan Bani Dhamrah di
al-Abwa’. Dalam pendamaian tersebut, Bani Dhamrah diwakili salah seorang
daripada mereka iaitu Makhsyi bin Amr Ad-Dhamri. Ia pemimpin Bani Dhamrah pada
zamannya. Setelah itu, Rasulullah pulang ke Madinah dan tidak berlaku sebarang
peperangan. Rasulullah menetap di
Madinah hingga akhir bula Safar dan awal bulan Rabiulawal.
No comments:
Post a Comment