PENGENALAN


Islam bukan agama peperangan. Namun pada ketika Islam diancam, Islam adalah agama yang mengangkat perang sebagai sesuatu yang suci. Perang dalam Islam bermula apabila musyrikin Mekah merancang  membunuh Nabi Muhammad SAW sehingga beliau terpaksa keluar dari Mekah maka bermulalah sejarah perang dalam Islam. Ia adalah asas perang yang paling utama dalam Islam iaitu mempertahankan diri dan akidah.

Kemudiannya turun pula ayat 36 Surah At Taubah yang bermaksud,
“… dan perangilah kaum kafir musyrikin seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya.”

Hal ini kerana Nabi Muhammad SAW pada mulanya hanya mahu memerangi kaum Quraisy Mekah tetapi ramai kaum lain dari luar Kota Mekah menyertai kaum Quraisy Mekah bagi memerangi orang Islam.

Tujuan perang dalam Islam kemudiannya berkembang bagi menegakkan agama Islam. Ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud,

“ Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata tidak ada tuhan selain Allah dan mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat. Apabila mereka berkata demikian, darah dan harta mereka terselamat daripadaku kecuali dengan haknya. Dan perhitungannya terserah kepada Allah.”

Pada suatu ketika pula, turun ayat 58 Surah Al Anfal yang bermaksud,

“Dan jika kamu mengetahui adanya perbuatan khianat daripada sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu), maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.”

Turunnya ayat itu adalah sebagai maklum balas kepada pengkhianatan orang Yahudi yang menolong orang musyrikin memerangi orang Islam.

Itulah antara sebab-sebab awal peperangan dalam Islam iaitu bagi mempertahankan diri dan akidah, bagi menegakkan Islam dan bagi memerangi pengkhianatan. Namun, niat yang benar tanpa pelaksanaan yang benar tidak menjadikan perang-perang itu sebagai perang yang benar.

Maka berwasiatlah Nabi Muhammad SAW:
“Berperanglah dengan nama Allah dan perangilah musuh Allah dan musuh kamu di Syam. Kamu akan mendapati di sana, paderi-paderi yang mengasingkan diri di gereja. Jangan kamu mengganggu mereka. Jangan kamu membunuh anak perempuan, kanak-kanak dan anak orang-orang tua. Jangan menebang pokok dan merobohkan bangunan…”

Walaupun wasiat ini disampaikan semasa Perang Mu’tah tetapi ia sudah dilaksanakan pada perang-perang awal umat Islam. Umat yang berperang bukan kerana nafsu, umat yang berperang kerana yakin perang itu adalah perang-perang yang benar. Perang yang terjadi pada masa Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua iaitu ghazwah (gazwah) dan sariyah (sariyyah). Ghazwah adalah perang yang dipimpin oleh Nabi SAW, sedangkan sariyah adalah perang yang dipimpin oleh sahabat atas penunjukan daripada Nabi SAW.





PERANG GHAZWAH
(Iaitu peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw dan Baginda sendiri bertindak sebagai Amir (panglima)nya.)


PERANG SARIYYAH
(Iaitu pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Rasulullah saw di mana baginda melantik seorang Amir (panglima) untuk mengetuainya.)







1.0      

No comments:

Post a Comment