Masa :Bulan
Rejab, tahun ke-9H
Tempat :Tabuk (Destinasi padang pasir yang terlalu
jauh menyukar
para musafir)
Perang Tabuk terjadi pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijriah.
Perang ini merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Nabi. Perang Tabuk
dijalankan pada musim panas yang terik di mana tanaman berbuah dan merimbun
sedangkan jarak yang ditempuh masih jauh.
Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat
ketika itu dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan
tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka
perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu
mereka mendapat khabar yang memberitakan sebuah kerajaan baru yang digelar
Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom
berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Nabi
Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan
Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk
mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk
meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah.
Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa
propaganda dari musuh Islam. Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum
beriman,untuk menanggung perbelanjaan perang dan membantu membantu modal
kewangan masyarakat Islam bersama. Hartawan Islam terulung iaitu Uthman bin
Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung segala kos
persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi
angkatan tentera Islam.
Nabi berangkat dengan jumlah pasukannya seramai 30 000 orang
tentera termasuk 10,000 dari angkatan
berkuda menuju ke Tabuk. Pasukan inilah yang terbesar yang diikuti oleh Nabi.
Pasukan ini merentasi daerah Hijr iaitu perkampungan kaum Tsamud. Nabi
menerangkan kepada tenteranya bahawa daerah inilah yang mendapat bencana dari
Allah. Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, orang Islam telah diuji oleh Allah
dengan kekurangan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam mengadukan
hal ini kepada Muhammad Rasulullah, lalu sejurus itu Rasulullah berdoa kepada
Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan menurunkan hujan yang
lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya.
Setelah Nabi sampai di Tabuk, Yohanna bin Ru’bah, penguasa
Ailah datang berjumpa dengan Nabi. Nabi mengadakan pendamaian dengan dia dan
dia menyanggupi untuk membayar jizyah. Kemudian, datang pula penduduk Jarbaa’
dan Azdra. Kepada mereka Nabi menulis surat yang menjamin keamanan mereka.
Akhirnya, Nabi mendapat berita bahawa pasukan Rom mundur yang menandakan bahawa
tidak ada niat mereka untuk menyerang. Nabi berpendapat bahawa dengan
kemunduran mereka, perang Tabuk sudah dicapai. Setelah segala-galanya selesai
tentera Islam berjalan pulang ke Madinah dengan selamatnya tanpa seorang pun
yang terkorban nyawa. Tentera Islam berada di Tabuk selama 20 hari.
No comments:
Post a Comment