Masa :Bulan
Zulqaidah, 6H
Tempat :Hudaibiyah
Pada bulan Zulqaidah tahun ke-6H, Nabi keluar bersama 1500
orang sahabat untuk ke kota Mekah dengan niat untuk berumrah dan tidak ada niat
untuk perang. Baginda mengutuskan seorang utusan dari suku Khuzu’ah untuk
memerhati kaum Quraisy. Kemudian, beliau menyampaikan bahawa kaum Quraisy
sedang mengumpulkan tentera dan mereka bermaksud untuk memerangi dan
menghalangi Nabi dan sahabat ke Ka’abah.
Nabi meneruskan perjalanan sehingga sampai ke suatu tempat
yang bernama Al-Hudaibiyah, suatu lembah yang tiada sumber air. Para sahabat
mengeluh dahaga. Lalu, Nabi mencabut anak panahnya dan menyuruh para sahabat
untuk menancapkan di atas lembah itu. Lembah itu akhirnya mengalirkan air.
Nabi mengutuskan Uthman bin Affan kepada kaum Quraisy untuk
memberi pesanan Nabi iaitu kedatangan Nabi dan sahabat hanyalah untuk berumrah
bukan untuk berperang. Ketika Nabi mendengar berita bahawa Uthman bin Affan
dibunuh oleh kaum Quraisy, Nabi segera memanggil kaum Muslimin untuk segera
mengadakan Bai’ah. Mereka berbai’ah untuk tidak melarikan diri jika sampai
terjadi peperangan. Baiatur Ridhwan itu diadakah di bawah pohon Samura yang
terdapat di Hudaibiyah.
Kaum Quraisy mengirim Suhail bin Amru sebagai utusan kepada
Nabi. Lalu, Suhail bin Amru berkata, “Tulislah perjanjian antara kami
(Quraisy) dan kamu (Muslimin).” Kemudian, Nabi memanggil Ali bin Abi Talib
untuk menuliskan perjanjian tersebut. Setelah itu, Nabi berkata bahawa inilah
perjanjian yang disepakati oleh Muhammad bin Abdullah dan kaum Quraisy tidak
menghalang mereka untuk bertawaf di Ka’abah. Namun begitu, kata Suhail bin
Amru, Nabi dan para sahabat hanya boleh bertawaf pada tahun hadapan.
Kata Suhail bin Amru lagi, jika salah seorang kaum Quraisy
datang kepada Nabi dan memeluk Islam maka mereka itu hendaklah dikembalikan. Ia
merupakan salah satu isi kandungan dalam perjanjian tersebut. Ketika itu
datanglah seorang muslim yang bernama Abu Jundal bin Suhail. Beliau merangkak
dengan tali ikatannya sehingga sampai pada kaum Muslimin. Suhail bin Amru
meminta supada Abu Jundal dikembalikan. Sebenarnya, Abu Jandal bin Suhail
banyak disiksa kerana ia beriman kepada
Allah. Namun, Nabi menolak kerana isi perjanjian belum lengkap sepenuhnya.
Setelah lamanya, Nabi mengembalikan Abu Jundal bin Suhail kepada kaum Quraisy
sesuai dengan isi perjanjian yang telah dibuat. Dalam perjanjian tersebut,
kedua-dua belah pihak bersepakat untuk tidak saling berperang selama sepuluh
tahun.
Setelah Nabi dan para sahabat menyembelih binatang korban
dan mencukur kepala, mereka segera pulang ke Madinah. Sebaik sahaja Nabi sampai
di Madinah, seorang muslim Quraisy yang bernama Abu Bashir Uthbah bin Usaid
datang kepada Nabi. Namun, utusan kaum Quraisy meminta Bashir Uthbah
dipulangkan sesuai dengan perjanjian. Lalu, Nabi menyerahkannya.
Kejadian Nabi rela mengalah dan mengabulkan beberapa syarat yang ditentukan oleh kaum Quraisy merupakan pembukaan baru kepada kemenangan
Islam. Perkara yang penting dalam perjanjian itu ialah adanya gencatan senjata
selama sepulu tahun yang dapat memberikan kaum Muslimin berehat dari peperangan
dan memberi tumpuan kepada kegiatan menyiarkan agama Islam dalam suasana yang
tenang.
Belum sampai setahun perjanjian damai berlangsung, jumlah
orang Arab yang memeluk Islam jauh lebih besar daripada jumlah yang dicapai
selama lima belas tahun. Banyak dari kaum Quraisy yang memeluk Islam di tangan
Abu Jundal sehingga kaum Quraisy merasa kuatir dengan pesatnya penyiaran Islam
di kota Mekah. Mereka mengeluh kepada Nabi dan memohon pada baginda supaya
kekuatan baru Islam itu dipanggil ke Madinah. Permintaan itu dikabulkan oleh
Nabi. Kebijaksanaan untuk mengalah dan keinginan berdamai yang yang ditunjukkan
oleh Nabi mengubah pandangan kabilah-kabilah Arab yang belum masuk Islam
menjadi hormat kepada Islam.
kurang panjang...
ReplyDeletetapi uda bagus ko...
bagus teksnya. ringkas tetapi merangkumi hamper seluruh cerita >-<
ReplyDelete