Thursday, 4 April 2013

18– PERANG BANI LAHYAN



       Masa          :Bulan Jamadilakhir (6 bulan selepas penaklukan Bani Quraizah)
       Tempat      :Usfan

Pada bulan Jamadilakhir yakni enam bulan selepas penaklukan Bani Quraizah, baginda keluar dari Madinah menuju ke Bani Lihyan untuk mencari-cari sahabat yang diutus ke al-Raji’. Baginda memperlihatkan diri seolah-olah hendak pergi ke Syam agar dapat menyerang Bani Lihyan secara mengejut. Nabi melantik Ibnu Ummi Maktum sebagai imam sementara di Madinah.

Baginda mempercepatkan perjalanan sehingga berhenti singgah di Ghuran iaitu sebuah penempatan Bani Lihyan. Ghuran adalah lembah di antara Amaj dan Usfan. Ketika Nabi singgah di Sayah dan menyedari kesilapan rancangan baginda sebagaimana yang diinginkan, baginda bersabda, “Seandainya kita berhenti di Usfan, orang-orang Mekah pasti melihat kita hendak mendatangi mereka." Setelah itu, Nabi meneruskan perjalanan bersama dua ratus orang tentera. Kemudian, Nabi mengutus dua penunggang kuda dari kalangan para sahabat sehingga kedua-duanya tiba di Kuraul Ghamim. Setelah itu, Nabi pulang semula ke Madinah.

Jabir bin Abdullah berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda ketika hendak pulang ke Madinah, “Mereka kembali bertaubat dan memuji Tuhan. Aku berlindung diri dari kesulitan perjalanan dan kesedihan kepulangan dan penglihatan buruk terhadap keluarga dan harta.”

No comments:

Post a Comment