Tempat :
Thaif
Beberapa golongan yang berhasil melarikan diri dari perang
Tsaqif menuju ke Thaif, di mana mereka membina benteng dan menutup kota Thaif
dari semua penjuru. Mereka kumpulkan segala macam keperluan yang cukup untuk
masa satu tahun lalu mereka bersiap untuk perang. Rasulullah cuba untuk
memasuki kota Thaif namun tidak sanggup kerana langsung mendapat serangan panah
yang hebat dari penduduk Tsaqif.
Rasulullah memindah kedudukan pasukan baginda ke tempat lain
dan mengepung Thaif selama 20 malam. Buat pertama kali Rasulullah menggunakan
alat manjanik (alat untuk melemparkan batu dalam perang). Pertempuran semakin
hebat sehingga banyak tentera Muslimin yang terbunuh. Rasulullah memerintahkan
seorang penyeru untuk berseru bahawa barangsiapa yang takut bertahan dalam
benteng maka keluarlah maka ia bebas. Mendengar seruan itu, maka keluarkan
beberapa belas orang lelaki. Sikap Rasulullah benar-benar berjaya melemahkan
perlawanan penduduk Thaif yang masih bertahan. Dalam peperangan ini, ramai
tentera Muslimin yang luka dan Rasulullah akan mengakhiri peperangan pada pagi
keesokannya. Mendengar ucapan Rasulullah, mereka berasa gembira lalu mempersiapkan
diri untuk berangkat pulang. Rasulullah berhenti di Ja’ranah bersama pasukannya
untuk menguruskan tawanan dan rampasan perang.
Datang perutusan Hawazin kepada Rasulullah yang terdiri
daripada empat belas orang lelaki meminta agar semua harta dan harta rampasan
dikembalikan. Akhirnya, Rasulullah menyerah semua anak-anak dan isteri-isteri
yang tertawan kepada suami dan orang tua mereka masing-masing. Lalu, Rasulullah
memakaikan tawanan perang dengan katun qibthiyyah. Di antara tawanan yang telah
mereka serah kepada Rasulullah ialah Asy-Syimma binti Halimah As-Sa’diyyah,
saudara susuan dengan Rasulullah sendiri.
Setelah Rasulullah selesai dengan urusan perang Hunain, lalu
Rasulullah memakai ihram untuk mengerjakan ibadat umrah. Sesudah itu, baginda
kembali ke Madinah. Sebelum Rasulullah berangkat ke Madinah meninggalkan Thaif,
datang Urwah bin Mas’ud, seorang yang dicintai penduduk Tsaqif untuk memeluk
Islam dan beliau menyeru kaumnya untuk memeluk Islam. Namun, mereka langsung
memanahnya sehingga terbunuh sebagai syahid. Tsaqif dibiarkan beberapa bulan
tanpa Urwah bin Mas’ud. Kemudian, mereka memutuskan untuk mengirim utusan
menemui Rasulullah di Madinah untuk memeluk Islam. Akhirnya, Islam tersebar
diseluruh Thaif dan seluruh penduduk Thaif memeluk Islam.
No comments:
Post a Comment