Masa :Bulan
Jamadilawal, ke-8H
Tempat :Mu’tah
Kekuatan :3000
orang Islam
Ketika Nabi mendengar berita penaklukan penguasa Busrah,
baginda mempersiapkan untuk pengiriman tentera Islam ke sana pada bulan
Jamadilawal tahun ke-8 H. Kaum muslimin bersiap-siap untuk ikut serta dalam
pasukan Islam yang dikirim ke Busrah. Pasukan Islam menghadapai suatu kerajaan
besar tekuat yang ada pada masa itu.
Pasukan Islam meneruskan perjalanan sehingga sampai ke suatu
tempat yang bernama Ma’an. Kaum Muslimin mendengar bahawa Heraklius beserta
tenteranya sebesar seratus ribu orang berada di Balqa’. Pasukan Islam tetap
berada di Ma’an untuk bermusyawarah dan bersepakat untuk menulis surat kepada
Rasulullah memberitahu bagaimanakah pertimbangan Nabi dengan jumlah pasukan
musuh yang begitu ramai.
Ketika pasukan Islam menuju ke Bal’qa, mereka bertemu
sejumlah orang Arab dan orang Romawi di salah satu perkampungan Bal’qa bernama
Masyarif. Pasukan musuh itu berusaha mendekati namun pasukan Islam menuju ke
suatu tempat yang bernama Mu’tah. Di sinilah tempat kedua pasukan bertempuran
mati-matian.
Zaid bin Harithah berjuang mati-matian dengan membawa
bendera Rasulullah sehingga beliau syahid. Beliau diserang dengan tombak dan
panah dari segala penjuru. Sebelum bendera itu gugur ke tanah, Ja’afar berjaya
merebutnya dari tangan Zaid. Kemudian, Ja’afar meninggalkan kuda yang terluka
dan maju ke depan sehingga tangan kanannya terputus. Dengan cepat bendera
tersebut direbut oleh tangan kiri. Ketika tangan kirinya terputus, beliau
mendakap bendera tersebut sehingga akhirnya beliau gugur sebagai syahid. Oleh
sebab itu, Ja’afar digelar sebagai Ja’farut Tayyar Dzil Janaahaini yang bererti
Ja’afar penerbang yang mempunyai dua sayap. Setelah Ja’afar terbunuh, bendera
Islam direbut oleh Abdullah bin Rawahah dan beliau berjuang sehinggalah syahid.
Setelah gugur pahlawan-pahlawan Islam, kaum Muslimin
bersepakat untuk menyerahkan pimpinan kepada Khalid bin al-Walid. Khalid bin
al-Walid sangat berpengalaman dalam mengatur taktik peperangan. Ketika beliau
melihat besarnya pasukan musuh, beliau mengajak pasukannya mundur ke selatan
sedangkan musuh mundur ke utara. Ketika malam menjelma, kedua-dua pasukan
saling menjauh dan lebih mengutamakan keselamatan dari membawa kebinasaan. Pada
pagi keesokannya, Khalid menugaskan pasukan yang berada di barisan belakang
untuk mengadakan pergaduhan sebagai taktik seolah-olah kaum Muslimin
mendapatkan bantuan lagi dari Madinah. Taktik ini berhasil dan menjadikan
pasukan musuh takut kepada kaum Muslimin dan akhirnya pasukan Romawi terus mundur
dan tidak meneruskan peperangan.
No comments:
Post a Comment