Masa : Ramadan tahun 8 hijrah
Tempat : Nakhlah
Setelah Rasulullah
merasa aman selepas pembukaan Kota Mekah, Baginda pun mengutuskan Khalid bin Al-Walid
untuk pergi ke Nakhlah pada lima hari sebelum berakhirnya Ramadan tahun 8
hijrah. Tujuannya ialah untuk memusnahkan berhala Al-Uzza di situ. Berhala itu
milik Quraish dan seluruh Bani Kinanah dan berhala terbesar mereka. Penjaga
berhala itu ialah Bani Shaiban. Khalid keluar bersama 30 orang penunggang kuda
lalu memusnahkan berhala itu. Setelah pulang rasulullah s.a.w. bertanya: “adakah
kamu melihat apa-apa?”. Khalid menjawab: tidak. Baginda berkata: “kamu
belum memusnahkannya, kembalilah semula dan musnahkannya”. Dengan rasa
marah, Khalid pergi semula ke sana sambil siap menghunuskan pedangnya.
Tiba-tiba keluarlah seorang perempuan yang bertelanjang (syaitan) berkulit
hitam dan rambut mengerbang sehingga penjaga berhala Uzza menjerit
memanggilnya. Khalid terus melibaskan pdangnya hingga terbelah dua badannya.
Kemudian beliau pulang memberitahu Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “ya,
itulah uzza, dia sudah berputus asa untuk disembah di negeri kamu selama-lamanya”.
No comments:
Post a Comment