Thursday 4 April 2013

6- PERANG BANI SULAIM



           Tempat         :Al-Kudri

Setibanya Nabi di Madinah daripada Perang Badar, Rasulullah tidak bermukin di sana kecuali tujuh hari sahaja. Selepas itu, baginda berangkat memerangi Bani Sulaim. Rasulullah telah melantik Siba’ bin ‘Urfutah al-Ghifary atau lebih dikenali dengan Ibnu Ummi Maktum sebagai imam sementara di Madinah. Ketika Rasulullah tiba di salah satu mata air Bani Sulaim yang bernama ak-Kudri, baginda pun bermukim di sana selama tiga hari. Kemudian, baginda pulang ke Madinah kerana tidak berlaku sebarang peperangan. Rasulullah menetap di Madinah sepanjang tempoh baki bulan Syawal dan bulan Zulkaedah. Dalam jangka waktu dua bulan tersebut, sebahagian besar tawanan Quraisy telah ditebus.

No comments:

Post a Comment