Thursday, 4 April 2013

23- UMRAH TERTUNDA



          Masa                     :7H
          Tempah                :Mekah

Setahun selepas perjanjian Hudaibiyah, Nabi diikuti kaum Muslimin berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah yang tertunda di tahun lalu. Kaum Quraisy mengosongkan Mekah dan berada di atas gunung Qaiqaa’an. Mereka telah memberi izin kepada Nabi untuk berumrah. Baginda berada di sana selama tiga hari. Pada hari ketiga, baginda didatangi Huwaitib bin Abdul Uzza yang ditugaskan oleh orang Quraisy untuk menghalan Nabi dari Mekah. Nabi meninggalkan kota Mekah dan menugaskan Abu Rafi’ untuk menjaga Maimunah binti al-Harith. Kemudian, Abu Rafi’ bersama Maimunah binti al-Harith menyusul baginda ke Sarif dan di sanalah perkahwinan berlangsung. Pada bulan Zulhijjah, Nabi kembali ke Madinah.

No comments:

Post a Comment