Masa :
Rabiul Awal tahun ke-4H
Rasulullah keluar menuju ke tempat Yahudi Banu Nadhir.
Mereka merupakan kelompok Yahudi yang tersebar. Tujuan baginda adalah untuk
meminta pertolongan dari mereka untuk
pembayaran tebusan dua orang Banu Amir yang terbunuh. Antara Banu Nadhir dan
Banu Amir terjalin ikatan persahabatan. Dalam perbicaraan antara mereka dan
Nabi sangat lembut sekali. Mereka berjanji untuk memberikan pertolongan bagi
Nabi. Namun di hati mereka tersimpan niat jahat untuk membunuh Nabi.
Waktu itu, Nabi duduk di sebelah temboh rumah mereka.
Kemudian, sebahagian kaum Yahudi itu berbisik untuk menimpakan batu besar
kepada baginda. Waktu itu, Nabi ditemani oleh Abu Bakar, Umar dan Ali. Nabi
mendapat khabar dari langit akan niat jahat kaum Yahudi. Beliau segera bangkit
dan meninggalkan tempat itu. Kemudian, Nabi menyeru kepada para sahabatnya untuk
bersiap-siap keluar memerangi kaum Yahudi yang menunjukkan sikap permusuhan.
Nabi mengadakan pengepungan terhadap perkampungan kaum Yahudi selama enam
malam.
Setelah mereka terkepung selama enam hari, mereka berasa
takut kepada kaum Muslimin. Akhirnya, mereka meminta damai dan bersedia untuk
diusir dari Madinah asalkan jiwa mereka selamat. Mereka tidak boleh membawa
senjata semasa keluar. Setelah permintaan damai mereka disepakati Nabi, maka
mereka mulai keluar dari Madinah. Sebahagian kaum Yahudi pergi ke Khaibar dan
sebahagian lagi ke Syiria. Kemudian, Rasulullah membahagi semua harta rampasan
yang ditinggalkan oleh kaum Yahudi Bani Nadhir kepada kaum Muhajirin Awwalin.
No comments:
Post a Comment