Masa :
10 Muharram Tahun 6 Hijrah
Tempat : Perkampungan Bani Bakar bin Kilab
Operasi pertama selepas
berakhirnya Peperangan Ahzab dan Bani Quraizah ialah operasi Muhammad bin
Maslamah. Operasi ini terdiri daripada tiga puluh orang anggota tentera
berkenderaan. Tentera Islam bergerak keluar ke tempat Bani Bakar bin Kilab pada
10 Muharram Tahun 6 Hijrah. Tentera Islam menyerang perkampungan itu dan berjaya
merampas unta dan kambing. Mereka juga berjaya menangkap Thumamah bin Athal
Al-Hanafi iaitu Ketua Bani Hanifah yang sebelum itu telah menyamar untuk cubaan
membunuh Nabi atas arahan Musailamah Al-Kazab. Tentera Islam bergerak pulang ke
Madinah pada malam terakhir bulan Muharram.
No comments:
Post a Comment