Masa :
Jamadilakhir Tahun Ke-8 Hijrah
Tempat : Zat al-Salasil
Setelah Rasulullah
mengenalpasti sikap qabilah-qabilah Arab yang mendiami perbatasan negeri
al-Syam itu semasa peperangan Mu'tah, di mana mereka telah bersekutu dengan Rom
melawan umat Islam, maka Rasulullah s.a.w merasa amat perlu untuk bertindak
penuh kebijaksanaan dalam memecahkan perpaduan antara mereka dan seterusnya
boleh membawa kepada perubahan sikap mereka untuk bersekutu dengan umat Islam
supaya perpaduan mereka tidak berulang sekali lagi.
Bagi menjayakan
perancangan Rasulullah itu dan untuk menarik mereka kepada Islam, Baginda
memilih Amru bin al-As, orang yang akan melaksanakan tindakan itu, kerana
neneknya adalah daripada qabilah Bila, Baginda mengutusnya pada bulan
Jamadilakhir tahun ke-8 Hijrah, selepas peperangan Mu'tah. Malah ada juga
pendapat yang mengatakan bahawa: Telah sampai berita daripada risikan Islam di
mana sekumpulan banu Qudhaah telah berkumpul untuk menuju ke Madinah, justeru
itulah maka Rasulullah mengutus Amru bin al-As. Rasulullah s.a.w menyerahkan
bendera putih kepada Amru bin al-As, dan bersama-samanya panji berwarna hijau,
dengan kekuatan tiga ratus 300 orang daripada kalangan Muhajirin dan al-Ansar.
di samping itu, bersama mereka tiga puluh ekor kuda, Baginda menyuruh beliau
meminta bantuan dengan mana-mana qabilah Arab yang beliau lewati seperti Bila,
Uzrah dan Balqin.
Beliau bergerak pada
malam hari dan berselindung pada siang hari, apabila beliau mendekati kediaman
qabilah berkenaan, didapati mereka dalam kumpulan yang besar jumlahnya. Justeru
itu beliau mengutus permohonan tambahan bantuan kepada Rasulullah, dibawa oleh
Rafie' bin Makith al-Juhani. Dengan itu Rasulullah pun mengirim satu unit
tentera Islam dibawa pimpinan Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah dengan kekuatan
seramai dua ratus orang tentera keseluruhannya adalah kaum Muhajirin dan
al-Ansar turut bersama Abu Bakar dan Umar Ibni al-Khattab. Rasulullah menyerah
panji pimpinan kepada Amru Ibni al-Aas, Baginda mengarah mereka supaya menemui
Amru, kedua unit harus bergabung dan jangan sekali-kali berpecah. Setibanya Abu
Ubaidah di tempat Amru maka beliau hendak mengimami sembahyang jemaah, lantas
Amru membantah tindakannya itu dengan katanya: Sebenarnya kau sampai di sini
sebagai bantuan dan aku tetap sebagai Amir. Dengan itu Abu Ubaidah pun
mematuhi Amru bin al-As, di mana Amru mengimami sekalian yang hadir.
Sariyyah Amru pun
bergerak hingga memasuki negeri kediaman Qudhaah dan menawannya hingga ke
hujung perbatasan, di sana tentera Islam menemui kumpulan musuh, dan terus
mereka menyerang kumpulan itu, kesudahannya mereka lari bertempiaran ke merata
tempat. Dari sana Amru mengutus Auf bin Malik al-Asyja'i untuk menyampaikan
berita kepada Rasulullah tentang kepulangan dan keselamatan mereka serta
laporan mengenai peperangan yang mereka harungi.
Zat al-Salasil adalah
satu kawasan yang terletak di belakang Wadi al-Qura. Jaraknya dengan Madinah
ialah selama sepuluh hari perjalanan. Ibnu Ishak menyebut bahawa tentera Islam
singgah di perairan kawasan Banu Juzam dikenali sebagai al-Salasil, maka tempat
itu dinamakan Zat al-Salasil.
No comments:
Post a Comment