Thursday, 4 April 2013

10- PERANG UHUD



     Masa                    : Pertengahan bulan Syawal tahun ke-3H
     Tempat                : Bukit Uhud (3 km dari kota Madinah)
     Kekuatan             : 700 orang sahaja (50 orang barisan pemanah – diketuai 
                                  oleh Abdullah Bin Jubair)

       Nabi berpesan kepada barisan pemanah, “Lindungilah kami dari serangan tentera kuda, dengan panah jangan sampai mereka datang kepada kami dari belakang baik kami menang mahupun kami kalah. Kemudia berpesan kepada mereka juga jangan sampai mereka meninggalkan tempat tersebut walaupun terlihat pasukan Islam diterkan oleh burung besar.”

Dalam peperangan ini, Allah mendatangkan pertolongannya kepada kaum Muslimin sehingga kaum Muslimin pada babak pertama dapat mengocar-ngacirkan barisan kaum Musyrikin Quraisy.  Ketika barisan pemanah kaum Muslimin melihat kekalahan di pihak Musyrikin Quraisy, mereka yakin bahawa mereka telah mendapat kemenangan. Kerana itu mereka ingin memunguti harta rampasan yang dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Pemimpin pasukan memanah yang bernama Abdullah bin Jubair berteriak melarang anak buahnya meninggalkan tempat sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad SAW. Namun, mereka tidak menghiraukan seruan itu. Mereka berfikir bahawa kaum Musyrikin yang melarikan diri tidak akan kembali lagi di medan pertempuran.

Akhirnya, kaum Musyrikin kembali dari belakang dan melancarkan serangan bertubi-tubi terutama pada peribadi Nabi sendiri. Baginda dilempari batu sampai beliau jatuh ke tanah. Giginya tertanggal, kepala dan mulutnya terluka sehingga darah membasahi wajah baginda. Mundurnya kaum Muslimin dari tengah medan Perang Uhud bukan bererti suatu perlarian tetapi sebagai tektik untuk melanjutkan peperangan.


Gugur Sebagai Syahid

Di hari peperangan Uhud, Hamzah Bin Abdul Muthalib berperang mati-matian. Belian membunuh banyak pemuda Quraisy. Di tengah kesibukan itu, ada seorang budak yang bernama Wahsyi telah melihat dari jauh. Wahsyi adalah seorang pelempar tombok layang. Tuannya berjanji padanya jika ia dapat membunuh Hamzah ia akan segera dibebaskan. Ketika Wahsyi mendapat peluang, dia segera melempar tombok layang dan tepat mengena perut Hamzah. Hamzah gugur sebagai syahid.

Mus’ab bin Umair seorang pemegang bendera Nabi turut syahid. Sebelumnya beliau adalah putera seorang yang kaya di Mekah. Ketika beliau terbunuh, tidak ada kain kafan yang cukup untuk mengafani jenazahnya.

No comments:

Post a Comment