Masa : Jamadil Akhir Tahun 6 Hijrah
Tempat:
Al-Taraf
Operasi Zaid bin
Harithah ke Al-Taraf pada bulan Jamadil Akhir Tahun 6 Hijrah. Operasi ini
berlaku kerana membalas serangan Bani Tha’labah yang telah mengambil haiwan
ternak orang Islam dan membunuh orang Islam.
Zaid keluar bersama lima belas orang anggota menuju ke perkampungan Bani
Tha’labah selama empat hari. Berita keluarnya Zaid itu menyebabkan orang Arab melarikan
diri kerana bimbang Rasulullah s.a.w. bergerak menuju kepada mereka. Dalam
operasi itu, Zaid berjaya mendapat binatang ternak sebanyak dua puluh ekor
unta.
No comments:
Post a Comment