Thursday, 4 April 2013

19- PERANG ZU QARAD



        Tempat           :Zu Qarad

Uyainah bin Hishn bersama pasukan berkuda dari Ghatafan menyerang unta-unta bunting milik Rasulullah di al-Ghabah. Orang yang pertama sekali yang mengetahui tentang kedatangan Uyainah bin Hishn ialah Salamah bin Amru. Pada keesokan harinya, Salamah bin Amru pergi ke al-Ghabah, bergelimpangan panah dan busurnya. Kelihatan juga hamba milik Talhah bin Ubaidullah sedang menuntun kudanya. Salamah bin Amru berteriak, “Duhai pagi ini.” Kemudian, dia menelusuri jejak Uyainah bin Hishn sehingga berjaya mengejar mereka. Apabila pasukan kuda Uyainah bin Hishn berlari ke arahnya, Salamah bin Amru melarikan diri dan menjauhi mereka. Kemudian, apabila dia mendapat kesempatan untuk memanah, lalu dia memanah sambil berkata, “Ambillah anak panah ini. Aku adalah anak al-Akwa! Hari ini adalah dari kematian orang hina.”

Maklumat perihal teriakan Salamah bin Amru sampai kepada Rasulullah. Maka, baginda pun bernaung di Madinah, “Tolong! Tolong!”. Maka para penunggang kuda pun berpacu menuju Rasulullah. Ketika para sahabat penunggang kuda berkumpul di hadapan Rasulullah, baginda melantik Saad bin Zaid sebagai pemimpin pasukan. Baginda memerintah mereka mengejar kaum tersebut sehingga bertemu.

Penunggang kuda yang pertama sekali menyusul Uyainah bin Hishn ialah Muhriz bin Nadhlah. Beliau digelar sebagai al-Akhram. Muhriz bin Nadhlah berada di hadapan kaum tersebut dan berkata, “Hai orang-orang terkutuk, berhentilah kalian sehingga kalian berhadapan dengan kaum Muhajirin dan Ansar.” Kemudian, salah seorang anak buah Uyainah bin Hishn menaiki kuda Muhriz bin Nadhlah lalu membunuhnya. Pada hari itu, tiada siapa dari kalangan kaum Muslimin yang terbunuh kecuali Muhriz bin Nadhlah.

Ketika kuda-kada kaum Muslimin datang, Abu Qatadah al-Harith bin Rib’I membunuh Habib bin Uyainah. Abu Qatadah pergi mengejar musuh dan pada saat yang sama Rasulullah tiba bersama kaum Muslimin. Nabi meneruskan perjalanan sehingga menuruni bukit dari Zu Qarad. Di sanalah kedua-dua belah pihak bertemu dan Nabi menetap di sana selama sehari semalam. Salamah bin al-Akwa’ berkata kepada Nabi, “Ya Rasulullah! Jika engkau mengirimku bersama seratus orang, aku pasti mampu menyelamatkan saki baki unta bunting yang belum berjaya diselamatkan dan aku penggal kepala mereka.” Kemudian, Nabi berkata, “Sekarang mereka sedang diberi jamuan minum petang di Ghatafan." Rasulullah membahagi-bahagi satu unta untuk setiap seratus para sahabat dan mereka membuat jamuan makan dengannya. Setelah itu, Nabi pulang ke Madinah.

1 comment: