Masa :
Ramadan Tahun 7 Hijrah
Tempat : Maifaah / Al-Huruqat
Operasi Ghalib Bin
Abdullah Al-Laiti pada bulan Ramadan Tahun 7 Hijrah menuju ke tempat Bani
Awwal dan Bani Abd bin Tha’labah di
Maifaah. Dikatakan bahawa mereka menuju ke Al-Huruqat satu kawasan di Juhfiyyah
dengan kekuatan anggota seramai 130 orang. Sesampai di sana mereka melancarkan
serangan dan berjaya membunuh ketua kabilah itu serta merampas kambingdan unta.
Dalam peperangan inilah Usamah bin Zaid telah membunuh Nuhaik bin Mirdas setelah
dia mengucapkan la ilaha illallah. Nabi berkata kepadanya: “Apakah
telah engkau belah hatinya sehingga engkau
benar-benar tahu bahawa dia bercakap benar atau tidak?”
No comments:
Post a Comment