Thursday, 4 April 2013

22- PERANG KHAIBAR



     Masa                     :Akhir bulan Muharram
    Tempat                  :Daerah Khaibar (timur laut kota Madinah sejauh 70 mil)

Khaibar adalah tanah subur yang dikelilingi oleh benteng-benteng kamum Yahudi. Benteng tersebut merupakan benteng Yahudi terakhir di Jazirah Arabiah. Kaum Yahudi sentiasa mencari kesempatan untuk memukul kaum Muslimin. Di akhir bulan Muharram, Nabi keluar ke Khaibar. Pada waktu itu Nabi keluar bersama seribu empat ratus orang tentera. Mereka membawa bersama dua ratus ekor kuda.

Tentera Islam berhentu di suatu tempat bernama Raji’ iaitu suatu daerah antara tempat tinggal kaum Ghatfan dan kaum Yahudi Khaibar. Tujuan kaum Muslimin berhenti di situ agar suku kaum Ghatfan tidak dapat memberi bantu kepada kaum Yahudi Khaibar. Ketika Nabi melihat Khaibar dari dekat, baginda berdoa kepada Allah memohon kebaikan dan perlindungan dari kejahatan kota Khaibar dan kejahatan penduduknya.

Ketika Nabi tiba di Khaibar, baginda mula berusaha untuk menakluki beberapa benteng yang ada di Khaibar. Benteng yang pertama ditakluk ialah benteng Na’im. Salah satu benteng yang sukar ditakluk adalah benteng al-Qumus. Nabi berkata bahawa pada keesokan hari, bendera Islam akan dipegang oleh seorang lelaki yang dicintai oleh Allah dan rasul dan dia akan membuka benteng tersebut. Ternyata, Ali bin Abi Talib telah menerima bendera tersebut daripada Nabi.

Ketika Ali bin Abi Talib sampai di benteng al-Qumus, beliau disambut oleh panglima Yahudi yang bernama Murahib. Kedua saling berperang sehingga Ali bin Abi Talib dapat memberikan pukulan yang memecahkan ketopang dan kepalanya terbelah sampai mencapai gigi. Seorang budak hitam kaum Yahudi Khaibar bertanya kepada Nabi apakah ajakan baginda selepas dia melihat kaum Yahudi Khaibar mempersiapkan senjata untuk berperang dengan Nabi. Nabi menjawab, budak hitam itu akan masuk syurga jika dia mati atas nama Islam. Lantas, budak tersebut segera menyatakan keislamannya kepada Nabi. Sewaktu kedua-dua pasukan saling bertempur budak hitam tersebut termasuk diantara orang yang terbunuh di medan perang.

Dalam peperangan ini, kaum Muslimin berhasil menaklukan satu per satu benteng-benteng Yahudi. Mereka dikepung oleh kaum Muslimin selama beberapa hari. Akhirnya, mereka memohon pendamaian dari Nabi. Sebenarnya Nabi ingin mengusir mereka dari Khaibar dan kaum Yahudi Khaibar menyatakan keinginan mereka untuk terus tinggal di situ. Nabi memberikan tanah tersebut kepada Yahudi Khaibar dengan syarat separuh hasil perkebunan di serahkan kepada kaum Muslimin.

Pada hari peperangan juga, Ja’afar bin Abi Talib datang bersama kaum Muslimin dan disambut oleh Nabi dengan kegembiran yang luar biasa. Dalam peperangan ini, Nabi diracun oleh seorang wanita Yahudi yang bernama Zainab binti Harest. Ketika Nabi hendak makan daging yang dimasukkan racun, tiba-tiba daging tersebut memberitahu bahawa ia telah dimasukkan racun. Dengan segera Nabi membuangkan daging tersebut. Nabi melarang sahabat membunuh wanita itu. Akan tetapi ketika sahabat Busyr Ibnul Barraa’ tewas kerana keracunan maka wanita itu dihukum bunuh sesuai dengan hukum Qisas.

No comments:

Post a Comment