Thursday, 4 April 2013

26 –PERANG HUNAIN



       Masa                     :Hari ke-10, Bulan Syawal, 8H
       Tempat                 :Lembah Hunain
       Kekuatan              :11 000 tentera Nabi Muhammad SAW

Suku kabilah Hawazin merupakan suku yang terkuat selepas suku Quraisy. Mereka tidak mahu tunduk kepada Islam walaupun kaum Quraisy telah tunduk.  Pemuka kaum Hawazin, Malik bin Auf An Nasri berusaha mengajak seluruh suku Hawazin dan Tsaqif memerangi Nabi. Seluruh harta, anak isteri mereka turut keluar untuk berperang. Dalam peperangan ini, Duraid Ibnu Summah juga turut hadir. Beliau adalah seorang tua yang banyak pengalaman serta luas pemikirannya.

Rasulullah keluar dari Mekah bersama dua ribu orang penduduk Mekah. Ditambah dengan sepuluh ribu tentera Islam yang keluar bersama baginda dari Madinah. Jumlah tentera sebesar itu belum pernah dialami oleh tentera Islam. Untuk menambah kelengkapan perang, Nabi terpaksa meminjam dari Shafwan bin Umayah yang masih belum masuk Islam beberapa baju besi dan sejumlah senjata. Kemudian Nabi meneruskan perjalanannya untuk berperang melawan suku Hawazin.

Kaum Muslimin sampai di lembah Hunain pada waktu pagi yang gelap. Namun, kaun Hawazin terlebih dahulu menguasai posisi-posisi penting di lembah tersebut. Suku Hazwin terkenal keahliannya dengan memanah dan melempar tombak. Ketika menghadapi serangan yang hebat dan mendadak, sebahagian kaum Muslimin lari menyelamatkan diri. Hampir sahaja kekuatan kaun kafir berbalik mendapatkan kemenangan kembali. Kejadian ini seperti di perangan Uhud ketika mereka mendengar tentang kematian Nabi dan berputus asa.

 Allah memberi kekacauan kepada kaum Muslimin pada babak pertama supaya mereka tidak berasa sombong apabila mendapat kemenangan dan tidak berasa kecewa apabila mendapat kekalahan. Kini Allah memberikan ketenangan kepada barisan Islam. Para sahabat menunjukkan kegigihan bertarung di hadapan baginda. Orang-orang yang melarikan diri kembali di medan pertempuran.

Dalam perang ini, Allah menurunkan sejumlah tentera yang terdiri daripada para Malaikat yang memenuhi lembah Hunain dan Allah memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin. Jumlah tawanan perang yang diperoleh adalah sebanyak enam ribu orang. Jumlah pampasan perang yang diperoleh merupakan pampasan perang yang terbesar.

No comments:

Post a Comment