Thursday, 4 April 2013

7- PERANG AL-SAWIQ (TEPUNG)



            Masa                :Bulan Zulhijjah
          Tempat              :Al-Uraidh

Pada bulan Zulhijjah, Abu Sufyan bin Harb berangkat dari Mekah ke Perang al-Sawiq. Ketika Abu Sufyan bin Harb tiba di Mekah dan dalam waktu yang sama orang-orang Quraisy juga tiba dari Badar dengan kekalahan yang besar, maka beliau bernazar untuk tidak menggauli isterinya sehingga beliau menyerang Rasulullah. Pada suatu hari, Abu Sufyan bin Harb keluar dari Mekah dengan dua ratus tentera Quraisy untuk menunaikan nazarnya. Beliau berjalan melewati tanah tinggi yang sulit sehingga tiba di hadapan suatu terusan menuju bukit yang dikenali dengan nama Taib, 12 batu dari Madinah.

Pada suatu malam, Abu Sufyan bin Harb keluar menuju tempat Bani al-Nadhir. Beliau tiba di rumah Huyai bin Aktab lalu mengetuk pintu rumahnya. Namun, Huyai bin Aktab enggan membuka pintu rumahnya kerana takut kepadanya. Kemudian, Abu Sufyan bin Harb menuju pula ke rumah Sallam bin Misykam, seorang tokoh Bani al-Nadhir yang sangat berpengaruh ketika itu. Beliau mengizinkan Abu Sufyan masuk dan menjamu beliau serta memberi banyak maklumat rahsia kepadanya.

Pada akhir malam, Abu Sufyan bin Harb mengutus beberapa anak buahnya ke Madinah. Apabila anak buahnya tiba di al-Uraidh, mereka membakar ladang kurma di sana. Kemudian, mereka bertemu dengan seorang Ansar dan sahabatnya yang sedang bekerja di kebun. Lalu, mereka membunuh kedua-duanya. Setelah itu, mereka pulang tetapi beberapa orang sahabat dapat mencium kedatangan mereka.

Kemudian, Rasulullah keluar mengejar mereka sehingga tiba di tanah rata al-Kudri kemudian beredar meninggalkannya kerana baginda mendapati Abu Sufyan bin Harb dan anak-anak buahnya sudah tiada. Di al-Kudri, para sahabat menjumpai orang-orang Quraisy yang dibuang di kebun untuk meringankan bebanan mereka untuk berlari.  Ketika para sahabat pulang ke Madinah bersama Rasulullah, mereka berkata, “Ya Rasulullah! Apakah engkau menginginkan kami keluar berperang?” Rasulullah menjawab, “Ya!”. Selama keberangkatan Rasulullah ke Perang al-Sawiq, baginda melantik Basyir bin Abdul Munzir yang digelar Abu Lubabah sebagai imam sementara di Madinah.

Dinamakan perang al-Sawiq kerana sebahagian besar bakalan yang dibuang oleh orang-orang Quraisy adalah tepung. Kemudian, kaum Muslimin mengambil tepung mereka yang banyak itu. Oleh sebab itulah, perang ini dinamakan Perang  al-Sawiq.

No comments:

Post a Comment