Masa :
Ramadan tahun 8 Hijrah
Tempat : Rahat
Rasulullah mengutuskan Amru
bin Al-As pada bulan Ramadan tahun 8 Hijrah untuk memusnahkan berhala Suwa’
iaitu berhala milik Kabilah Hudail di Rahat yang jauhnya, tiga batu dari Mekah.
Sesampainya di sana penjaga berhala berkata kepada Amru: “apakah kamu mahu?”
Jawab Amru : “rasulullah s.a.w. menyuruhku memusnahkan berhala ini”. “Kamu
tidak akan berupaya melakukannya”. “Mengapa?” Tanya Amru. “Kamu pasti
akan dihalang” kata penjaga itu.
Amru berkata: “Sampai saat inipun kamu masih berpegang dengan kebatilan itu?
Jahanam kamu, adakah berhala ini dapat mendengar dan melihat?”. Kemudian Amru
pun menghampiri berhala itu dan memecahkannya. Disuruhnya sahabat meruntuhkan
rumah simpanan berhala itu. Kemudian Amru berkata kepada penjaganya: “Apa pandanganmu?”
Penjaga itu menjawab: “Aku menyerah diri kepada Allah (memeluk islam)”.
No comments:
Post a Comment