Masa :
Tahun ke-4H
Nabi telah berangkat ke Nejed pada tahun ke-4H. Beliau
berjalan sampai ke suatu daerah bernama Nakhlah. Di antara pasukan Islam itu
ada enam orang termasuk Abu Musa Al Asy’ari yang bergantian dalam mengendarai
satu unta sehingga kaki mereka luka-luka dan kuku mereka tercabut. Untuk itu mereka
membalut luka mereka dengan sobekan kain sehingga peperangan itu disebut Zaatur
Riqaa (sobekan kain).
Kedua pasukan itu hanya saling berdekatan sahaja namun tidak
sampai terjadinya peperangan. Kedua-dua belah pihak saling berasa takut. Bahkan
sehingga Nabi sendiri mengajak kaum Muslimin untuk solat Khauf.
No comments:
Post a Comment