Masa :
Syaaban Tahun Ke-6 Hijrah
Tempat : Daumah al-Jundal
Sariyyah Abdul Rahman
bin Auf ke daerah banu Kilab di Daumah al-Jundal pada bulan Syaaban Tahun Ke-6
Hijrah. Rasulullah memanggil Abdul Rahman duduk di hadapannya serta dipakaikan
serban ke kepalanya dan Baginda berpesan kepada beliau supaya melakukan yang
terbaik di dalam peperangan dengan sabdanya: "Sekiranya mereka itu
mentaati kau, maka hendaklah kau berkahwin dengan puteri rajanya”.
Abdul Rahman tinggal di
sana selama tiga hari sambil menyeru mereka kepada Islam, sehingga semua mereka
memeluk Islam dan Abdul Rahman pun berkahwinlah dengan Tamadhur binti al-Asbagh
yang dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja
qabilahnya.
No comments:
Post a Comment