Friday, 15 March 2013

1- PERANG WADDAN

     
        Tempat       :Waddan

Perang Waddan adalah perang pertama yang dilakukan oleh Rasulullah. Menurut Ibnu Ishaq, Rasulullah keluar dari Madinah hingga tiba di Waddan. Perang Waddan adalah Perang Al-Abwa’. Rasululllah berniat menyerang orang Quraisy dan Bani Dhamrah. Namun, baginda berdamai dengan Bani Dhamrah di al-Abwa’. Dalam pendamaian tersebut, Bani Dhamrah diwakili salah seorang daripada mereka iaitu Makhsyi bin Amr Ad-Dhamri. Ia pemimpin Bani Dhamrah pada zamannya. Setelah itu, Rasulullah pulang ke Madinah dan tidak berlaku sebarang peperangan. Rasulullah menetap di  Madinah hingga akhir bula Safar dan awal bulan Rabiulawal.